AS-SALAM (Maha Penyelamat)
Selamat atau keselamatan adalah sesuatu yang paling diingini oleh manusia dalam kehidupan ini,samaada kehidupan di dunia mahupun di akhirat.Tiada hari kehidupan ini tanpa keselaman.Manusia kadang-kadang mahu mengorbankan segalanya asal dia boleh selamat.Tapi manusia belum menyedari apa sebenarnya keselamatan itu,dari mana datangnya keselamatan.Mungkin ada orang yang selamat dalam pekara peribadi,namun keselamatan itu berjalin dengan keselaman di sekeliling.Suasana perang,bencana alam dan sebagainya,semua itu amat menentukan nilai keselamatan peribadi.
Bagi setiap Muslim dan Mukmin,wajib menyakini dan memegang teguh kenyakinan itu bahawa "pada hakikatnya yang menyelamatkan adalah Allah As Salam".
Allah berfirman dalam Surah Yasin Ayat 58:
"Selamat sejahtera,firman (Allah) Tuhan yang Maha Penyayang."
Manusia diberikan oleh Allah kelengkapan hidup,akal,tenaga,naluri dan lain-lain sebagai sarana,di mana manusia boleh menemui keselamatan dalam hidup.Dengan inilah manusia perlu kepada usaha ikhtiar.Usaha ikhtiar atau juga disebutkan usaha manusia untuk mencapai keselamatan adalah suatu hal yang tidak boleh dan tidak akan boleh ditinggalkan oleh manusia,kerana usaha ikhtiar atau upaya itupun adalah "ciptaan Allah" yang disandarkannya kepada hamba,sesuai dengan takdir yang telah Ia ditentukan.
Sabda Rasullulah saw:
"Setiap sesuatu dimudahkan terhadap apa yang telah ditakdirkan untuknya" (Bukhari-Muslim)
Kesimpulannya adalah bahawa segala sarana dan kelengkapan itu yang ada pada diri manusia adalah seluruhnya "Alat Allah" yang tunduk takluk kepada perintah Allah swt sesuai dengan ketentuan takdirNya,termasuk takdir selamat bagi peribadi,sekeliling dan alam semesta.
Dalam rangka usaha ikhtiar atau upaya tersebut,tidak terlepas ikhtiar manusia dengan doa kerana manusia sama sekali tidak mengetahui takdir yang Allah tentukan bagi dirinya.Oleh itu peranan doa adalah amat penting .Orang yang tidak mahu berdoa adalah orang yang sombong dan takabbur kepada Allah swt.
Swseorang yang beriman amat menghajatkan keselamatan hidup bukan saja dalam kehidupan duniawi tetapi yang lebih penting adalah keselamatan di saat berpisahnya roh dengan jasad dalam kaadaan (husnul khatimah) (menutup lembaran kehidupan dalam kaadaan yang baik).Seorang mukmin yakin bahawa kematian itu adalah perpindahan dari suatu kaadaan kepada kaadaaan yang lain.Pada saat menghadapi sakaratulmaut,sangatlah diharapkan datangnya ucapan paling membahagiakan "salamun alaika,salamun 'alaika" (selamat sejahteralah untuk untukmu,selamat sejahtera untukmu).Betapapun juga manusia pasti akan mengalami mati,pasti akan menjadi penghuni kubur (alam barzakh) dan pastilah akan dibangkitkan ,dihimpunkan di padang mashyar,ditimbangkan segala amal,dihisap,berjalan diatas titian siratulmustaqim.Semasa berjalan itu,mana yang jatuh ke bawah menjadi makanan neraka,mana yang boleh terus,mendapat kenikmatan syurgawi.Sangat panjang masa yang di alami di alam itu,jauh panjang dari masa hidup didunia.Disaat itu tiada guna harta dan anak kecuali mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat dan sejahtera.
Pada saat kritis itu pula manusia mengharap senyuman dan huluran tangan Allah As-Salam,si hamba akan dapat merasakan kebenaran "Dari Dia aku datang,dengan Dia juga aku pulang,dibimbingnya aku dengan penuh kasih dan kemesraan,Dialah tujuan kepulangan aku ini".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment