Saturday, December 27, 2008

Gathering 27 Disember 2008

DeWaCNtA semalam join sekali Gathering Ceriachat.net 2008 yang diadakan di KLCC...memang best memang happening...ramai yang hadir..memeriah kan lagi gathering yang diadakan...disini DeWaCNtA nak share la gamba gamba yang diambil...terima kasih diucapkan pada semua yang share gamba ni,sebab DeWaCNtA takde camera....to be continue...

gamba sedang di usahakan...ahakzzz tunggu ye...hak hak hak

5 jam kemudian...gamba dah load dah so ni la hasil nye lepas dah mintak dari semua geng2 Dewacinta.....







to be continue...ada hal kejap...dah 4 hari dah kejap...

4 hari kemudian gamba2 seterusnya diuploadkan.....


Aku,Ricky dan Zulkarnain..3 jejaka idaman malaya...

Memerhatikan Zul melayanzz jiwa ...

Aku dan si mawar jelita...kak ngah (Honey)

Aku dan Snake..2 kali chumell kan kami berdua...

Posing berlagak macho jap...

lebih macho dr tadi kn ???

diri ini setinggi klcc...
Aku dan djpapalilo


Aku,Djpapalilo,Zulkarnain...kacak kan


Aku melayanzz jiwa........

Lain-lain gamba...








Sunday, December 7, 2008

Rahsia di sebalik Baju T~~

Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.

Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik

Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.

Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock

Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.

Gambar Iklan

Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.

Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan

Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.

Gambar Kolej Atau Universiti

Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.

Lukisan Tangan

Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.

Gambar Dengan Warna Neon

Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu

Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.

Kemeja T Yang Ketat ((gelenya!! Hehehe))

Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.

Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak

Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.

Baju T Kosong

Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah

KALAU perempuan TANYA + KATA........~~

1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak
pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,
yek. Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak
masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi : Kita
makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju
sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan
saja. Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak
paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you.
You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi :
Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa
macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan
awek you yang dulu? Makna tersembunyi : Kalau nak
gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan
aku.

9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi
kebahagiaan you. Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena
berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang
betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you
berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku
adil. Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil
ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu
sebelum nak menikah lagi satu. Ini cuma contoh saja.

Makna Di Sebalik Hadiah

Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN : Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN : Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG : Tanda mesra

RANTAI LEHER : Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG : Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT : Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN : Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG : Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI : Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR : Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU : Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA : Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT : Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN : Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN : Kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.


Psssssttt, hehehehehe.... Satu lagi, zaman mellinieum ni – HANDPHONE –tandanya kau jangan lari dari ku; aku akan cari mu walau di manapun, melainkan kalau handphone tu ditutup..... [kuang kuang kuang]

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA : MASUK MEMINANG!!! tandanya dia serius dan betul-betul seriuss..!!.

BANTAL Mempamerkan Perwatakan Anda ??~~

MEMELUK BANTAL

Mereka yang suka memeluk bantal ketika tidur, biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

MENGGUNAKAN BANYAK BANTAL

Mereka yang berada dalam kategori ini, biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian, mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

TIDUR DENGAN SATU BANTAL

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

MELETAKKAN BANTAL DI BAWAH KAKI

Mereka mempunyai sifat yang kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

TIDUR TANPA BANTAL

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Monday, September 15, 2008

the new me






I just got my brand new outfit..and im thinking of showing off right here..check them out ya..

Friday, August 29, 2008

Private Between You And Me.....

Private Between You And Me.....

Mutiara Kata: "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

Baca text yang penat ditulis ni dulu...gunakan mana yang boleh.....input dah bagi jgn tak gunakan...rugi la...semoga ilmu ini dapat dikongsi sama hari ni....insyallah....

***Hari terus berlalu pergi.Sya'ban kini,Ramadhan menanti.....

***Kita hanya berpuasa sebulan...Masih ada insan yang terpaksa berpuasa setiap hari....BERSYUKURLAH...

***Harini mari kita Merenungi kehebatan alam yang telah diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencipta.Bila ku lihat alam ini aku tertanya-tanya dimanakah terletak tiangnya untuk menyokong langit tidak akan runtuh.Hairankan.Tapi itu keunikan alam ini.Ciptaan Allah swt memang tiada bandinagannya.Ciptaan manusia ini banyak cacat celanya.Contohnya benda yang selalu kita pakai iaitu kasut.Cuba lihat dan pakai kasut itu lama-lama.Ia akan semakin haus dan nipis.Ok kita lihat pula ciptaan Allah swt iaitu tapak kaki kita.Kita tengok orang yang kurang siuman atau lebih di kenali sebagai "orang gila" dia tidak akan pakai kasut kemana saja dia pergi.Pernahkah kita lihat kakinya akan nipis atau haus.Cuba kita renung-renungkan ccontoh tadi.Itu hanya contoh yang kecil.Banyak contoh lagi yang kita boleh lihat dalam dunia ni.InsyaAllah...


***Saidina Ali r.a pernah berkata ;

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akak hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronakan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"

***Mari kite tinjau room Iq apa soalan yang sedang di utarakan....( pepandai la cari idea kat iq tu k sayang...)

***Baiklah sebelom saya putarkan lagu seterusnya mari kite renungkan....( putar lagu Fareast-menanti di barzakh.. scroll kat bawah ade lirik nya..renungkan lirik lagu ni ....)

***Setiap jiwa pasti akan merasai maut..
Orang yang bijak adalah mereka yang beramal untuk bekalan di alam selepas kematian....

***Bekunya air mata dari kerasnya hati...
Kerasnya hati dari banyaknya dosa...
Banyaknya dosa dari lupanya mati...
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia...
Renung renung kan lah...

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


LUAHAN HATI HAMBANYA..
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah
Taubatku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya
Tuhan Aaa…
Ya Allah Aaa… Ya Allah

Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima

***EheM..EheM...sedikit kata kata yang ingin saya sampaikan pada pendengar seramai 50 orang sekarang ni...semoga Allah rahmati anda ptg yg mulia..

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

***putarkan lagu la............

***Diriku ini amat kerdil disisi Allah swt.Tiada apa yang menarik tentangku.Semua yang ada padaku hanyalah milik Allah semata-mata.Apa yang ada pada kita ialah "majaz" atau bayangan saja.Semuanya pinjaman semata-maka.Maka ia boleh ditarik bila-bila masa saja.Contohnya walaupun kita selalu sihat kita takkan tahu bila nikmat sihat kita ini akan ditarik balik.Bila datangnya sakit maka nikmat sihat itu akan ditarik balik.Maka nikmat sihat ni boleh dikatan cuma "majaz" atau bayangan saja.

Diriku tidaklah sehebat mana,cuma aku redha apa yang diberikan kepada ku walaupun ku tahu nikmat itu akan ditarik balik bila sampai masanya.Jadi aku harus mengunakan nikmat-nikmat itu sebaiknya.Janganla kita sesekali alpa dan lupa dengan apa yang diberikan kita......

Thursday, August 28, 2008

AL-MALIK (Maha Merajai) MALIKUL MULLKI (Maha Raja Diraja)

AL-MALIK (Maha Merajai) MALIKUL MULLKI (Maha Raja Diraja)

Kedua-dua asma dalam Asma-ul Husna no 4 dan no 84 mempunyai erti dan makna yang hampir sama.Perbezaan kedua asma atau nama ini dalam penyusunan kalimat terletak pada keindahan dalam rasa bahasa.

Firman Allah swt dalam ayat 1 surah Al-Mulk:
"Maha Suci Allah yang Maha Memberi berkat di tanganNya seluruh hak kerajaan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu"

Banyak sekali ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan bahawa langit dan bumi serta seluruh isinya adalah milik Allah swt.Segala apapun yang terjadi dalam alam semesta ini adalah ciptaan Allah swt.Kerana Ia yang menciptakan tanpa bantuan sesiapa pun,maka hak pemilikan tetap berada di tanganNya.Segala amal perbuatan hamba pun adalah ciptaanNya.

Pada hari kiamat kelak untuk menentukan bahawa ganjaran,hukuman dan segalanya tetap berada di tangan Allah MALIKULMULKI.Dia bertindak sebagai Penguasa Tunggal yang HukumNya tidak dapat diganggu gugat.

Allah berfirman dalam surah Al-Fatihah ayat 4:
"Memiliki (Merajai) Hari Pembalasan"

Timbul pertayaan: "Kalau segala sesuatu ini adalah milik mutlak Allah swt lalu apakah yang dimiliki oleh hamba?"Pada hakikatnya memmang semuanya milik Allah swt dalam erti yang mutlak,sedangkan hamba pada dasarnya tidak memiliki apa-apa.Yang ada pada hamba hanyalah sekadar "majaz" atau bayangan saja.Demikian ajaran Tasawuf.

Pembuktian bahawa hamba hanya memiliki "majaz",dapat dilihat pada kenyataan yang berlaku sehari-hari.datang dan pergi tidak dapat dikuasai secara mutlak oleh si pemilik.Wang,kenderaan,rumah dan apa saja hari ini akan datang besok atau bila-bila akan pergi.

Allah swt berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 96:
"Apa yang ada disisi mu (kepunyaan mu) akan musnah,dan apa pun yang ada disisi Allah (kepunyaan Allah) adalah kekal abadi"

Sering kita dengar suatu ajakan atau anjuran agar "percaya diri" yang dihubungkan dengan kemampuan diri peribadi di bidang pekerjaan,berfikir dan pengunaan tenaga otot.Mungkin istilah ini ada dalam ajaran psikologi untuk motivasikan seseorang agar timbul semanagat dalam bidang apa yang dihadapi.Namun dalam ajaran iman dan tauhid istilah itu jarang ditemui,kalau tidak dapat dikatan "tidak pernah ada".

Firman Allah swt dalam sural Al-Baqarah ayat 156:
"Merekalah orang yang apabila menderita sesuatu musibah,mereka terus berkata - INNA LILLAHIII WA INNA ILAIII RAJI'UN (sesungguhnya kami ini adalah milik Allah,maka kepadaNya jua kami kembali)".

Manusia adalah ciptaan Allah yang dilengkapai dengan kelengkapan yang jauh lebih tinggi dari makhluk lain.Dihidupkan manusia dengan akal,kehendak,kemampuan,watak dan tabiat serta kelengkapan anggota tubuh ,ditambah pula dengan hak untuk mempergunakan dan memanfaatkan apa yang ada dibumi dan di alam ini.

Ada yang dinamakan rohani,ada pula yang dinamakan jasmani.Keduanya terpadu dalam rupa bentuk yang bertumpu pada apa yang disebut Aku atau sebagainya bergantung kepada bahasa yang dimiliki oleh bangsa yang ada di kalangan manusia.

Didasarkan kepada ayat di atas itu,maka Aku dengan seluruh kelengkapannya adalah milik Allah Al-Malik.Perkataan LILLAHI dapat diertikan kepunyaan,kerana,dan untuk Allah.Sedang perkataan INNA (sesungguhnya kami) adalah terdiri dari beberapa peribadi atau "aku".Kalau kita hubungankan dengan ucapan seorang Muslim dalam solatnya:
"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku adalah kerana Allah,untuk Allah dan kepunyaan Allah"

Maka disini dapat kejiwaan yang tinggi,sukar diukur,sehingga dapat mencapai tingkat Muslim atau Mukmin yang Khalis(bersih),bersih dalam iktikad,keyakinan dan iman.Doa Iftitah itu telah di awali denagan kata "wajjahtu" (aku berhadap) adalah dalam pengertian "hadap yang tidak ada jarak dan persentuhan" yang menurut istilah Kitab Kuning "jauh tidak berantara,dekat tidak tersentuh"


Ketenteraman jiwa adalah sesuatu yang paling didaambakan oleh manusia.Ketenteraman jiwa kadang-kadang akan terancam kerana musibah atau masalah hidup,kecil ataupun besar.Setiap manusia pasti pernah mengalami hal itu.Hanya tingkat kemampuan manusia berbeza-beza untuk menghadapinya.

Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 155:
"Sungguh kami akan datangkan cubaan kepadamu sedikit kekhuatiran dan rasa lapar,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berita gembira bagi orang-orang yang sabar"

Ketenteraman dan ketenangan batin bukanlah ciptaan pakar sakit jiwa,bomoh ataupun orang yang pintar.Semua itu adalah "nur" yang menyinari batin manusia dari Allah Yang Maha Memiliki.Disinilah peranan penderita dalam hubungan batinnya dengan Allah Al Malik,Allah MalikulMulki menyedari sepenuhnya.

Firman Allah swt:
"Dan kepunyaan Allah setiap urusan"

Apabila ayat ini benar-benar meresap pada batin,yakin sepenuhnya bahawa bahawa semua urusan apapun pada hakikatnya kepunyaan Allah,maka semua masalah hidup yang dihadapi hendaklah diserahkan kepada Yang Maha Memiliki diiringi doa dan bertawakal.Amalan wirid dan doa akan menunjang getaran batin,sehingga segala upaya dan usaha akan terbukadengan mudah,yang akhirnya segala persoalan atau masalah kehidupan itu akan mudah diatasi.Berdoalah,berharaplah dan berusahalah dengan dasar penghayatan terhadap Allah Al-Malik,Allah Malikul Mulki.Tidak ada kesulitan bagi Allah untuk menurunkan cahaya ketenangan dan ketenteraman jiwa.

FADILAT MENWIRIDKAN ASMA YA MALIKU WA YA MALIKAL MULKI


Apabila hati,perasaan dan jiwa meresapi benar erti dan makna hakiki terhadap asma atau nama tersebut,perlu ditambah lagi dengan wiridnya sebagai berikut:Pada waktu yang lapang,khususnya pada waktu selesai solat wajib dan sunat,bacalah Ya Malikul Wa Ya Malikal Mulki 100 kali kemudian tutup doa itu dengan doa ini:
"Ya Allah,Maha Merajai/Maha Mmemiliki segalanya,Engkau berikan Hak Pemilikan kerajaan terhadap siapa pun yang Engkau kehendaki,dan Engkau cabut pula Hak Pemilikan/Kerajaan itu dari siapa yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang orang yang Engkau kehendaki.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu." (Al-Baqarah:26)

Baca doa ini 10 kali sambil tangan ditadahkan.Insyaallah akan dapat memberikan ketenteraman batin,akan diberikan oleh Allah jalan keluar dari kesulitan yang dihadapi dan dikabulkan apapun yang dihajatkan.

AL-QUDDUS (Maha Suci)

AL-QUDDUS (Maha Suci)

Pegertian Maha Suci Allah ialah "tidak tercela pada Zat,Sifat dan perlakuanNya dan tidak pula berkurangan."Menyakini hal tersebut adalah wajib.Jika tidak maka tidak tercampur dalam kategori "beriman".

Beprasangka bahawa Allah itu ada sifat yang berlawanan dengan sifat kesempurnaan dan kesucianNya maka hal itu sebagai suatu tanda kekufuran.Misalnya seorang yang telah berdoa lama berdoa namun tidak juga berjaya,lalu timbul lah prasangka terhadapNya bahawa "Allah berlaku tidak adil kepada diriku" maka kalimat itu bererti sudah mengurangi sifat kesucian Allah swt.Hendaklah secepatnya memohonan keampunan kepadaNya dan akuilah bahawa kalimat itu sama sekali bukan dari dasar hatinya itu menjadi kenyakinan,bererti orang itu sudah kufur kepada Allah swt.

Dalam pengkajian ajaran Islam,dikenal satu displin ilmu yang dinamakan Ilmu Kalam.Ilmu ini khusus membahaskan tentang iman kepada Allah dan hal-hal yang bersangkutan denagan Rukun Iman yang enam pekara didasarkan pada nas dan dalil (naqal) serta akal.Dalam Ilmu Kalam di kenal apa yang dinamakan Ilmu sifat Dua Puluh yang mengungkapkan sifat-sifat Allah yang wajin (pasti) ada padaNya,sifat-sifat mustahil (tidak mungkin ada) dan sifat jaiz (sekehendakNya/semahu-mahuNya)

Ulama Ilmu Kalam menegaskan:
"Fardu'ain (kewajipan yang nyata) untuk setiap Muslimin dan Muslimat menyakini sekurang-kurangnya Dua Sifat Allah yang memang layak untukNya"

Pengertian "fardu ain"menunjukkan suatu kewajipan yang mutlak untuk mengetahui dan menyakininya.Kalau tidak bererti ucapan syahadat denagan ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH (Tiada ada tuhan yang seharusnya disembah kecuali Allah) adalah tidak mempunyai nilai dalam kedosaan.Lain halnya terhadap terhadap mereka yang muallaf (perlu dijinakkan hatinya kerana baru memasuki agama Islam),tidak perlu dituntut pengerti an mereka secara terperinci tentang sifat-sifat Tuhan,tetapi mereka berkewajipan mempelajarinya.

Selanjutnya para Ulama menegaskan bahawa sifat-sifat Allah pada hakikatnya tidak terbatas.Hanya Allah sendiri yang lebih mengetahuinya.Sifat-sifat yang wajib bagi Allah (pasti ada padaNya) di solongkan dalam empat sifat:
1.JALAL - kemuliaan
2.JAMAL - keindahan
3.QAHHAR - keperkasaan
4.KAMAL - kesempurnaan

Selain itu ada pula pendapat bahawa manusia pada dasarnya terdiri dari dua unsur utama,iaitu unsur samawi adalah roh,dan unsur -ardli ialah tubuh (Unsur Samawi ialah unsur langit atau ketinggalan,unsur ardli ialah unsur-unsur keduniaan).Kedua-dua unsur ini berpadu dalam tubuh dengan sistem perpaduan yang sangat unik dan penuh misteri.Kalangan sufi menamakannya dengan istilah sir (rahsia).

Berhubung roh itu adalah unsur ketinggian,juga penuh dengn kekudusan,suci dan bersih menutut asalnya.Oleh itu ia menghajatkan kesucian sebagaimana asalnya itu.Nafsu keduniaan kadang kala mengheretnya ke bawah,hanya mementing urusan perut semata-mata,pemuasan nafsu syahwat dan hal-hal lain yang bertentangan dengan asalnya lathifah ketuhanan.

Rasullulah saw bersabda:
"Tiap-tiap anak dilahirkan suci."(Al Hadis)

Para sufi cenderung berpendapat bahawa "roh adalah urusan tuhan" sesuai dengan Al Quran surah Al Isra' ayat 75 yang berbunyi:
"Kalau terjadinya demikian benar-benarlah kata Kami akan rasakan kepadamu (seksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula seksaan) berlipat ganda sesudah mati dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami"

Memang pada hakikatnya tiada seorang manusia mana pun yang mampu membersihkan jiwanya,yang dapat membersihkannya hanya Allah swt.Tetapi pada segi lain,Allah menciptakan "usaha" si hamba pada takdirNya di "alam azali",yang dengan "takdir" itu si hamba "dimudahkan" olehNya melakukan usaha pembersihan Batin.

Maka dipandang dri segi "hakiki",benarlah pendirian Ulama Ahlul Kasyaf bahawa "pembersihan batin hanya dapat dilakukan oleh Allah Al Quddus pada hakikatnya".Rasulullah saw pada waktu diisrakkan dan dimikrajkan terlebih dahulu dibelah dada baginda lalu dibersihkan dengan air zam-zam sebagai satu pelembangan tentang pekara yang berkaitan dengan pembersihan batin.


Kepada manusia biasa,usaha pembersihan itu adalah disebabkan adanya kotoran-kotoran pada jiwa atau batin.Kotoran berupa sifat-sifat yang "tidak terpuji" (mazmumah),sifat-sifat riyak,sum'ah,takabbur dan ujub.Keempat sifat ini merupakan "penyakit batin yang paling besar dan memberbahayakan" di mana kalangan Sufi menyebutkan "syirik khafi" (syirik tersembunyi).Demikian pula kalangan Ahli Roh berkata sifat dan watak buruk yang ada pada diri manusia adalah merupakan kudis-kudis besar dan kecil,berbau dan bernanah,apabila ia keluar dari jasad,mengeluarkan bau yang busuk dan menjijikkan.Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah "rabul khabitsah" (roh busuk).Tidaklah menghairankan bahawa roh yang penuh kudis-kudis bernanah itu merasa kesakitan,pedih peri yang luar biasa pada waktu keluar jasad,laksana seekor kambing hidup di siat-siat.


Pembersihan batin untuk para Nabi dan para Rasul ,khususnya peristiwa pembedahan dada yang dilakukan terhadap Rasulullah saw dapat dikatakan sebagai tindakan pencegahan sekadar menjaga kemungkinan datangnya hal-hal yang mengotorkan batin atau jiwa para Nabi dan para Rasul.Kerana berdasarkan beberapa dalil dan nas yang shahih,para Nabi atau para Rasul itu adalah "maksum" iaitu "terpelihara daripada dosa".Meskipun demikian,khususnya Rasulullah saw pernah juga melakukan "tahannuts" sebagai salah satu usaha untuk pembersihan jiwa atau batin.


Dalam rangka usaha pembersihan batin ini,umumnya dilakukan hal-hal sebai berikut:
1.KHAWAT. Dilakukan pada suatu tempat atas pertunjuk seorang mursyid,yang dalam hal itu diisi dengan amalan-amalan tertentu.
2.DZIKIRULLAH. Berzikir dengan konsentrasi,dengan menyebut LAA ILAHA ILLALLLAH,ALLAH-ALLAH yang di kalangan Ahli Tarekat di kenal dengan istilah "wuquful qalbi ma'allah" (konsentrasi hati dan fikiran dengan Allah,beserta Allah kerana Allah).Apapun yang dizikirkan serta jumlah berapa zikir-zikir itu di baca,disebut dan diingat,bergantung petunjuk dan mursyidnya.
3.BERPUASA (SHAUM) .Hikmah berpuasa sudah amat jelas.Mengosongkan perut dan menahan diri dari nafsu syahwatnmerupakan bahagisan yang tidak terpisah dari usaha pembersihan batin yang dimaksudkan ini.
4.BERJAGA MALAM (SAHRUL-LAYALI). Yang di maksudkan disni ialah melaksanakan "qiyamul-lail" (sembahyang malam) dengan zikir-zikir dan lain-lain sesuai dengan petunjuk guru.


Demikian yang dapat dicatatkan,hal-hal umumnya dilakukan dikalangan oleh kalangan kebatinan Islam.Pada pratiknyanya,banyak yang mengunakan itu untuk sesuatu kepentingan peribadi,pada hal ajaran pada asalnya adalah suatu ajaran yang bertujuan untuk menghilangkan noda-noda batin atau jiwa.


Menurut keterangan Syeikh Mahyuddin Ibnul 'Araby seprang Arif Waliyullah bahawa keempat hal tersebut diatas adalah termasuk "rukun untuk mencapai wali abdal".Rukun ertinya sendi,tanpa rukun-rukun itu jangan diharapkan untuk mencapai tingkat tinggi bagi orang yang berkeinginan kebersihan batinnya.Iman Ghazali r.a dalam kitab beliau KIMI'US SA'ADAH mengemukakan bahawa hati manusia adalah laksanakan lempangan besi yang hitam pekat.Tetapi apabila besi itu diasah setiap hari,pasti akan berkilat,sehingga mampu memancarkan bayangan dari luar.Hati yang bersih itu dapat menampung bayangan alam malakut yang disana terdapat Luh Mahfuzh.


Bila seseorang dah mencapai hal itu,beerti telah menerima sinar kesucian dari Allah Al Quddus,yang telah menembus jiwa,perasaan,akal, dan kemampuan manusia sehingga kan bergetarlah hati dan jiwanya dengan penuh kerinduan dan cinta kasih sayang yang dalam terhadap Allah Al Quddus,terbuka untuknya tirai-hijab alam semesta,rahsia-rahsia dan pengertian-pegertian yang amat halus tentang kebenaran amat jelas dan nyata baginya.

AS-SALAM (Maha Penyelamat)

AS-SALAM (Maha Penyelamat)

Selamat atau keselamatan adalah sesuatu yang paling diingini oleh manusia dalam kehidupan ini,samaada kehidupan di dunia mahupun di akhirat.Tiada hari kehidupan ini tanpa keselaman.Manusia kadang-kadang mahu mengorbankan segalanya asal dia boleh selamat.Tapi manusia belum menyedari apa sebenarnya keselamatan itu,dari mana datangnya keselamatan.Mungkin ada orang yang selamat dalam pekara peribadi,namun keselamatan itu berjalin dengan keselaman di sekeliling.Suasana perang,bencana alam dan sebagainya,semua itu amat menentukan nilai keselamatan peribadi.

Bagi setiap Muslim dan Mukmin,wajib menyakini dan memegang teguh kenyakinan itu bahawa "pada hakikatnya yang menyelamatkan adalah Allah As Salam".

Allah berfirman dalam Surah Yasin Ayat 58:
"Selamat sejahtera,firman (Allah) Tuhan yang Maha Penyayang."

Manusia diberikan oleh Allah kelengkapan hidup,akal,tenaga,naluri dan lain-lain sebagai sarana,di mana manusia boleh menemui keselamatan dalam hidup.Dengan inilah manusia perlu kepada usaha ikhtiar.Usaha ikhtiar atau juga disebutkan usaha manusia untuk mencapai keselamatan adalah suatu hal yang tidak boleh dan tidak akan boleh ditinggalkan oleh manusia,kerana usaha ikhtiar atau upaya itupun adalah "ciptaan Allah" yang disandarkannya kepada hamba,sesuai dengan takdir yang telah Ia ditentukan.

Sabda Rasullulah saw:
"Setiap sesuatu dimudahkan terhadap apa yang telah ditakdirkan untuknya" (Bukhari-Muslim)

Kesimpulannya adalah bahawa segala sarana dan kelengkapan itu yang ada pada diri manusia adalah seluruhnya "Alat Allah" yang tunduk takluk kepada perintah Allah swt sesuai dengan ketentuan takdirNya,termasuk takdir selamat bagi peribadi,sekeliling dan alam semesta.

Dalam rangka usaha ikhtiar atau upaya tersebut,tidak terlepas ikhtiar manusia dengan doa kerana manusia sama sekali tidak mengetahui takdir yang Allah tentukan bagi dirinya.Oleh itu peranan doa adalah amat penting .Orang yang tidak mahu berdoa adalah orang yang sombong dan takabbur kepada Allah swt.

Swseorang yang beriman amat menghajatkan keselamatan hidup bukan saja dalam kehidupan duniawi tetapi yang lebih penting adalah keselamatan di saat berpisahnya roh dengan jasad dalam kaadaan (husnul khatimah) (menutup lembaran kehidupan dalam kaadaan yang baik).Seorang mukmin yakin bahawa kematian itu adalah perpindahan dari suatu kaadaan kepada kaadaaan yang lain.Pada saat menghadapi sakaratulmaut,sangatlah diharapkan datangnya ucapan paling membahagiakan "salamun alaika,salamun 'alaika" (selamat sejahteralah untuk untukmu,selamat sejahtera untukmu).Betapapun juga manusia pasti akan mengalami mati,pasti akan menjadi penghuni kubur (alam barzakh) dan pastilah akan dibangkitkan ,dihimpunkan di padang mashyar,ditimbangkan segala amal,dihisap,berjalan diatas titian siratulmustaqim.Semasa berjalan itu,mana yang jatuh ke bawah menjadi makanan neraka,mana yang boleh terus,mendapat kenikmatan syurgawi.Sangat panjang masa yang di alami di alam itu,jauh panjang dari masa hidup didunia.Disaat itu tiada guna harta dan anak kecuali mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat dan sejahtera.


Pada saat kritis itu pula manusia mengharap senyuman dan huluran tangan Allah As-Salam,si hamba akan dapat merasakan kebenaran "Dari Dia aku datang,dengan Dia juga aku pulang,dibimbingnya aku dengan penuh kasih dan kemesraan,Dialah tujuan kepulangan aku ini".

AL-MU'MIN (Maha Memberi Keamanan dan Keimanan)

AL-MU'MIN (Maha Memberi Keamanan dan Keimanan)

PENGERTIAN KATA AL-MU'MIN

Huruf "Al" dalam kata "Al-Mu'min adalah huruf penegasan,yang dalam bahasa Arab disebut "Alif Lam Ma'arifah".Dengan adanya "Al" inilah maka kata "Mu'min" berubah jadi "Mu'minu" dan di baca "Al-Mu'min".

"Al-Mu'minun adalah nama bagi Zat Allah swt yang memberikan keamanan kepada makhluk-maklukNya dan meletakkan rasa kepercayaan pada siapa saja yang Ia kehendaki"

Bnyak buku agama (termasuk kitab-kitab kuning) yang memberikan erti dan pengertian tentang nama Allah Al-Mu'min dengan istilah yang agak berbeza,namun maksudnaya adalah sama.

NALURI MEMPERTAHANKAN DIRI DAN NALURI KEPERCAYAAN/BERAGAMA

Dalam sekian banyak naluri yang dimiliki oleh manusia terdapat dua macam naluri yang disebut sebagai "naluri mempertahankan diri" dan "naluri berkepecayaan beragama".Demikian pendapat para Ilmuan.Pendapat ini sama dengan pendapat Para Ulama Islam,Ulama Sufi dan Para 'Arif Billah yang melihatnya dari sudut pengalaman dan pengamatan batin,serta nas dan dalil.

Dua macam naluri ini-disamping naluri-naluri lainnya yang ada pada diri manusia-tidak boleh tidak pasti berasal dari Maha Pencipa,Al Mu'min.Setiap Muslimin/Muslimat,Mukminin/Mukminat menyakini hal itu.Dalam sejarah hidup dan kehidupan manusia,terlihat kecenderungan dalam penjabaran naluri berkepecayaan pada beraneka bentuk kepercayaan sejalan dengan perkembangan budi daya manusia.

Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama berkepecayaan kepada Allah Maha Pencipta secara benar dan tepat,mengajar pula kebenaran itu kepada anak-anaknya.Tetapi tidak semua anaknya menerima dengan baik dan benar.Setiap manusia telah berkembang biak,timbullah perubahan-perubahan dan penjabaran naluri kepercayaan itu.Timbul kepercayaan tentang keperkasaan matahari,bulan,bintang langit dan bumi dan lain-lain yang dianggap mampu memberikan keamanan dan keselamatan.Demikian pula terhadap mereka yang percaya kepada api,angin,air,kayu-kayu dan sebagainya,mwngangap semua itu memiliki daya sakti atau apa yang disebut "mana",sanggup mendatangkan keamanan dan kebahagian.Golongan yang berkepercayaan ini disebut "anismisme" dan "dinamisme".

Selanjutnya terjadinya pemujaan kepada orang atau tokoh yang berkemmpuan luar biasa di antara manusia di lingkungannya.Apabila tokoh yang di puja itu meninggal dunia,dibangunkan monumen dan patung yang serupa untuk dipuja dan disembah serta memohon sesuatu seraya menyediakan sajian.Dipercayai roh yang dah meninggal itu telah menjelma dan patung tersebut sanggup memberikan perlindungan dan keamanan.

Berbicara tentang "naluri mempertahankan diri yang ada pada dir manusia,dapatlah dilihat kepada sikap dan tingkah laku manusia sehari-hari yang menunjukkan dengan nyata tentang adanya naluri tersebut.Manusia memerlukan makanan untuk hidup dan mempertahankan diri dari rasa lapar.Manusia memerlukan pakaian adalah untuk mempertahankan diri daripada hembusan angin yang boleh mendatangkan penyakit,mempertahankan diri dari dingin terutamanya bila tiba musim hujan.Manusia memerlukan rumah dan tempat tinggal adalah tempat mempertahankan diri dari panas dan hujan.

Kemudian timbul suatu pertanyaan "Bagaimanakah dan apakah yang harus dilakukan untuk mempertahankan diri dari seksaan Tuhan?"Pertanyaan itu dapat dijawab dengan sebuah hadis Qudsi yang disampaikan oleh Rasulullah saw :
"LAILAHAILLALLAH adalah kalamKu,dan dia adalah bentengKu.Siapa yang memasuki bentengKu,Ia aman dari SeksaKu." (Hadis Sahih)

Memasuki benteng Allah itu,tentu saja dengan iman yang tepat dan benar,berperilaku yang sesuai dengan ajaran Allah swt dan Rasulullah saw dan huluran rahmat dan kasih sayangNya,berlaku "kehendakNya" dengan memasukkan si hamba ke dalam bentengNya serta memberikan rasa aman dan perlindungan dari seksaNya.

ATHEISME (TIDAK PERCAYA PADA TUHAN)

Pada abad ke 20 ini lahirlah fahaman Materialis Dialektika Logika yang disingkat MADILOG yang menitik beratkan kepercayaan kepada kekuasaan benda,dan dijalinkan dengan kemampuan berfikir yang dialektis.Suatu fahaman yang dikembangkan oleh seorang tokoh pemikir Karl Marx.Ajaran itu dikembangkan sedemikian rupa dan mengilhami seorang tokoh Rusia yang bernama Lenin dan kawan-kawannya untuk merebut kekuasaan dari tangan Tsar sebagai penguasa yang sah di negara Rusia itu,dan mereka berjaya.Selanjutnya beberapa negara Eropah Timur bersatu di bawah satu bendera yang dinamakan Soviet Union.

Setelah Perang Dunia Kedua selesai muncullah negara-negara di luar itu menganut fahaman materialisme berkinlatkan Moscow Soviet Union.Hampir seperdua penduduk bumi terpegaruh dengan ajaran itu.

Selain usaha mereka untuk merebut kekuasaan di beberapa negara dengan menegakkan ajaran kumunisme atau materialisme itu yang yang ironis adalah kebencian mereka terhadap agama,menolak semua ajaran yang berkenaan dengan hal-hal ghaib termasuk penolakan mereka terhadap Tuhan Maha Pencipta,yang disebut "ateisme".Agama mereka anggap "racun",rumah-rumah peribadatan sebahagiannya mereka tutup atau robohkan untuk menjadi tempat-tempat muzium,kelab malam dan sebagainya.Pemuda dan remaja di larang belajar agama,yang sudah tua dilarang mengembangkan agama mereka kepada anak-anaknya,budaya agama dihapuskan dengan kekejaman.

Agama atheis atau anti Tuhan iti pada dasarnya adalah perkosaan terhadap diri sendiri yang nyata-nyata memiliki naluri kepercayaan.Pada suatu masa,di mana keadaan fiikal dan mental lemah,di situlah mereka yang anti Tuhan itu ingin mencari pegangan,kerana benda yang mereka agung-agungkan teryata tidak boleh membuat apa-apa untuk mereka,malah akan mereka tinggalkan.

"Kebenaran datang,yang batil akan musnah" demikian firman Allah dalam Al Quran.Di penghujung abad 20 ini juga,negra Soviet Union yang pernah mendapat gelaran Negara Adhi Kuasa (Super Power) yang anti Tuhan hancur berantakan,kemiskinan,kelaparan,kekacauan,melanda negeri itu negara-negara yang tadinya berada di bawah satu bendera saling bercakaran,perang dan berbunuhan yang entah akan selesai.

Firman Allah swt:
"Tangan (kekuasaan) Allah,berada di atas tangan kekuasaan mereka."

Dalam surah An Nur ayat 55 Allah menegaskan:
"Allah telah berjanji kepada orang yang beriman dan beramal soleh,bahawa Dia sungguh-sungguh akan mengangkat mereka sebagai khalifah (penguasa di bumi sebagaimana Dia telah mengangkat penguasa sebelum mereka Dan Dia (Allah) akan memantapkan agama mereka,yang Allah redhai untuk mereka.Dan sungguh Dia akan mengubah rasa khuatir rasa takut mereka dengan rasa aman.(Selama) Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu. denagan sesuatu.Dan siapa yang kufur sesudah itu maka mereka itulah orang yang fasik"

Pada ayat ini Allah menyatakan dengan kesunguhan,ditandai denagan adanya pernekanan kata yang dalam bahasa Arab disebut "nunl littaukid" pada kata-kata (layastakhlifannakum, walayamakkinannalakam dan walayubaddilannahum).Mustahil Allah berdusta terhadap janjiNya.

Dalam hal ini terasa yakin sekali betapa nyata dan benarnya bahawa Al Mu'min yang mengabugerahkan kepada hambaNya yang Ia kehendaki,berupa nikmat yang amat besar iaitu "iman" dan "rasa aman"

RAHSIA NAMA ALLAH AL-MUKMIN DAN GELARAN UNTUK HAMBA

Ada keunikan pada nama Al-Mukmin ini,seakan-akan pedang bermata dua.Ke atas,nama Allah swt dan ke bawah adalah gelaran untuk hambaNya.Boleh juga dikatakan "dua rupa satu nama" Al-Mukmin sebagai gelaran untuk hamba bererti Orang Yang Beriman.Hamba yang beriman serta benar pada Tauhidnya kepada Allah swt pasti akan merasa betapa kerdilnya dirinya,betapa pula lemahnya yang penuh dengan dengan kekurangan-kekurangan,ketidakmampuan.Lebih dari itu amat terasa betapa kefanaan diri di hadapan Allah Al-Mukmin.Kearifan dalam hal ini melahirkan persoalan "untuk apa menyalakan lilin disiang hari".Si hamba ini merasakan betapa ia seakan-akan kehilangan identiti dirinya di hadapan Allah swt,dengan tulus ikhlas diterimanya gelaran "faan" terhadap dirinya "Siapa pun adalah sirna,dan hanya Wajah (Zat) Allah yang kekal abadi".(Ar-Rahman:26-27)

Namun dari satu segi,si hamba itu merasakan kenikmatan yang tiada taranya,kebahagian yang luar biasa,kerana mendapat gelaran "mukmin" dari si pemberi gelaran Allah Al Mukmin.Seluruh isi alam ini sama sekali tidak bererti sedikit pun jika di bandingkan dengan gelaran yang diterimanya itu.Si hamba akan merasa binggung,hairan,nanar,sasar bercampur baur dengan ceria,cinta,bahagia,sehinggakan kelu lidahnya,tiada lagi yang harus dipertanyakan,siapa,apa dan kenapa.Dia hanya laksana setitis embun jatuh ke lautan samudera luar tidak terbatas.Dari samudera itu dia datang ke sana pula pulang kembalinya.Lautan samudera yang penuh cahaya,cahaya di atas cahaya.

FADILAT (KELEBIHAN/KEISTIMEWAAN) ZIKIR NAMA ALLAH AL-MUKMIN

Setiap manusia kadangkala mengalami keresahan,gelisah,bingung atau perasaan yang tidak menentu.Kadang-kadang dapat diketahui sebab timbulnya kegelisahan dan keresahan itu,kadang-kadang tidak menentu tanpa diketahui.Ramai pakar alhi kejiwaan (psikologi) yang menyatakan bahawa hal itu memungkinkan timbulnya penyakit mental.Untuk menghilangkannya,cubalah cara berikut ini:

1.Yakini sepenuhnya bahawa pada hakikatnya hanya Allah sahaja yang mampu memberikan keamanan,termasuk keamanan jiwa,dan hanya Allah yang dapat menerangi hati dan jiwa dengan cahaya iman.
2.Bacalah/zikirlah Nama Allah AlL-MUKMIN dengan ucapan YA MU'MIN JALLA JALALUHU sebanak 136 kali sesuai dengan jumlah nilai abjabdiyahnya.
3.Kemudian bacalah surah An Nur ayat 55
4.Lalu kemudian berdoa,biar dalam bahasa sendiri.
5.Lebih afdal/utama,bila dilakuakan setalah solat wajib.Tetapi boleh juga menwiridkan/berdoa pada masa lapang,meskipun tidak dalam wuduk.

InsyaAllah termakbul.Allahu 'alam bis shawab.(Allah yang lebih tahu dengan benar)

AL-MUHAIMIN (Maha Penjaga/Maha Cermat)

Sedikit info mengenai beberapa nama ALLAH.........

AL-MUHAIMIN (Maha Penjaga/Maha Cermat)

KECERMATAN DAN KETELITIAN PENJAGAAN ALLAH

Setiap penciptaan,pengwujudan,pengolahan dan pengelolaan,memerlukan kecermatan dan ketelitian.Demikian pula dengan sistem pengawasan.Kecermatan dan ketelitian yang dilakuakan oleh manusia amat memerlukan tenaga,waktu,alat dan ruang yang dapat menunjukkan kecermatan dan ketelitian tersebut.Kadang-kadang bagaimanapun cermat dan telitinya dalam suatu persoalan pada kurun tertentu,namun harus disempurnakan lagi pada kurun waktu yang lain.Beberapa contoh dapat kita ketahui,misalnaya dengan bocornya Reaktor Nuklear pada tahun 1989 yang lalu di Rusia (Carnobil) cukup mengegarkan dunia dan telah mengorbankan banyak nyawa.Pada hal di sana tedapat ratusan dan mungkin ribuan sarjana dan ilmuan yang dengan secara cermat dan penuh ketelitian melakukan pengawasan denagan dibantu oleh peralatan canggih,sistem pengamanan yang sudah di anggap sempurna untuk menjaga agar jangan sampai terjadinya kebocoran,tetapi kebocoran yang dikhutirkan itu ternyata datang jua.

Demikian cermat dan telitinya Pemerintahan Reagen (Amerika Syarikat) menyembunyikan pengiriman senjata ke Iran,yang di kenal dengan IRANGATE,tiba-tiba sebuah surat khabar melaporkan sehingga tersebar menjadi pembicaraan di seluruh dunia,Kongres Amarika Syarikat pun kelam kabut dan sibuk,Reagan sendiri sebagai orang pertama di negara itu-Negara Akhi Kuasa tidak boleh tidur nyenyak.

Dua contoh ini adalah sekelumit dari sekian banyak peristiwa yang terjadi di muka bumi pada waktu demi waktu yang berlaku.Semua ini pertunjuk tentang masih belum sempurnanya kecermatan dan ketelitian penjagaan manusia.Cuba kita bandingkan dengan kecermatan dan ketelitian panjagaan Allah swt terhadap semua penciptaanNya,penataan,pengaturan,pengawasan,dan pengamanannya,terdapat keserasian terus menerus.Bumi mengelilingi matahari berjalan pada falaknya,demikian pula plenet-plenet lain,terjadinya pengantian musim demi musim.Andai kata tidak Allah edarkan bumi dan plenet-plenet itu,maka terjadinya siang terus menerus pada waktu pada belahan bumi yang lain.Akibat itu akan terjadilah kekeringan dan tidak terdapat lagi kehidupan,suhu panas akan terus menerus menaik di belahan bumi yang disinari matahari,dan sebaliknya suhu di bawah kosong darjah-dingin bertambah dingin-pada belahan bumi yang tidak mendapat sinaran matahari.

Dalam surah Al-Qashash ayat 71-73 tertera firman Allah swt:
"Katakan olehmu (Hai Muhammad) apakah pendapatmu,jika Allah jadikan malam terus menerus sampai Hari Kiamat,siapa Tuhan selain Allah.Dia datangkan cahaya untukmu,apakah kamu tida mendengar?"(71) Katakan olehmu (Hai Muhammad) apakah pendapatmu jika Allah jadikan siang terus menerus sampai Hari Kiamat.Siapa Tuhan melainkan Allah.Dia datangkan malam untukmu sehingga kamu dapat tinggal (tenang) apakah kamu tidak melihat?"(72)"Dengan rahmatNya Allah adakan peraturan siang dan malam,untuk kamu beristirahat dan mencari kurniaanNya,semoga kamu bersyukur."(73)

Dalam idang ilmu banyak dikenal tentang hukum-hukum benda,misalnya ada yang di namakan Hukum Archimides,Hukum Boyle,ada pula yang di namakan Teori Relaliftas dan yang lain-lain.Demikian pula dengan hukum Ilmu Kimia yang di beri kod atau lambang sebagai tanda pengenal.Semua hukum dan unsur-unsur ini bukanlah di cipta oleh manusia tetapi ditemui.Sehingga dinamakan penemuan-penemuan.Dengan berkembangannya waktu,banyak penemuan-penemuan baru dan berkembang pula bidang ilmu pengetahuan.

DOA YA MUHAIMIN YA SALAM

Apabila anda hendak melakukan perjalanan jauh sendirian atau beramai-ramai sebaiknya membaca Doa YA MUHAIMIN YA SALAM ini,ketika hendak memasuki kenderaan atau sedang berada di dalamnya.

"Ya Allah Maha Cermat/Maha Teliti/Maha Penjaga Ya Allah Maha Penyelamat,selamatkanlah kami serta kaum Muslimin,demi Nabi Muhammad saw sebaik-baik manusia,dan demi (kemuliaan) Ibn dari orang yang beriman (Khadijah r, "anha)

Bacalah doa ini berkali-kali.Insya Allah akan mendapat keselamatan,keamanan serta penjagaan dari Allah swt sampai ke tempat tujuan.




ASMAUL HUSNA - 99 NAMA-NAMA ALLAH

Pada chatters kampungchatfm.net yang slalu lepak room iq pasti akan dapat byk soalan ni..sedikit input diberikan...harap dapat digunakan....jom layan...

Dibawah ini kami titipkan nama-nama Allah bersama maksudnya untuk sama-sama kita ingati sebagai ulangkaji. Semuga akan lahir keinsafan di hati kita apabila kita mengingati kebesaran Allah.

01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera
06 Al-Mu'min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka
19 Al-'Alim -Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
23 Ar-Rafi' -Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu'izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
26 As-Sami' -Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir -Yang Maha Melihat
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
29 Al-'Adl -Yang Maha 'Adil
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
33 Al-'Azim -Yang Maha Agung
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi' -Yang Maha Luas
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia
49 Al-Ba'ith Yang Maha Membangkitkan Semula
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit -Yang Mematikan
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
78 Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama
87 Al-Jami' -Yang Maha Pengumpul
88 Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89 Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani' -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi' -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar

ILMU TAUHID.....

ILMU TAUHID

Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membicarakan soal-soal 'aqaid yakni segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama Islam dengan dalil-dalil yang yakin.

Erti kata Tauhid ialah "mengesakan".Jadi bertauhid ertinya mengesakan Allah swt pencipta semesta alam,yang tiada sekutu baguNya dengan keyakinan yang bulat.Sehingga yakin,yakin-seyakinnya bahawa Allah Yang Maha Kuasa tiada yang dapat menandingiNya.

Adapun sebabnya ilmu yang membicarakan soal-soal kepercayaan dalam agama Islam itu dinamakan Ilmu Tauhid,kerana soal yang terpenting dalam ilmu ini adalah mengenal keesaan Allah swt.Yakni yang terpenting daripada ilmu ini ialah mengenal adanya Allah Yang Maha Esa dengan segala sifat-sifatNya.Adapun soal-soal lain adalah nombor dua.

Iman tentang adanya Allah swt dan keesaanNya akan memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.Bahkan seseorang yang mempercayai dengan sepenuh hatinya dan dibenarkan oleh lisannya dan perbuatannya atas adanya Allah swt dan keesaanNya,maka dia berhak memiliki syurga Allah swt kelak,termasuk manusia yang berbahagia di dunia dan di akhirat.

Allah swt berfirman dalam surah Al Ikhlas ayat 1:
"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"

Kadang-kadang Ilmu Tauhid disebut juga dengan Ilmu Usuluddin dan Ilmu Kalam.

ILMU USULUDDIN

Ilmu Usuluddin ialah ilmu yang membicarakan soal 'aqaid yakni segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama Islam disertai dengan dalil-dalil yang yakin.

Erti kata Usuluddin ialah "dasar-dasar agama".Ilmu yang membicarakan soal kepercayaan itu menjadi dasar agama.

Dan sebenarnya kita dapat memahami dari syariat agama Islam apa sebab tauhid itu menjadi dasar agama sehingga dapatlah dikatakan bahawa agama tanpa kepercayaan samalah dengan rumah tanpa dasar.Jadi sendi-sendi tauhid merupakan tiang agama yang utama.Tanpa tauhid maka agama tadi akan roboh.Begitulah ibaratnya.


ILMU KALAM

Ilmu Kalam ialah ilmu yangg membicarakan tentang aqaid segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama Islam berdasarkan dalil-dalil yang yakin.

Erti kalam ialah "pembicaraan".Ilmu yang membicarakan soal kepercayaan dinamakan Ilmu Kalam sebab soal-soal kerpercayaan ini menjadi buah pembicaraan yang hangat di kalangan orang-orang yang mempercayai kepercayaan tersebut antara sesama mereka.

Terbukti dari zaman dahulu kala manusia selalu membincangkan soal kepercayaan itu,bahkan kepercayaan mereka kadang kala telah meresap masuk ke dalam tulang sumsum sehingga sukar hilangnya,telah mendarah daging dan kepercayaan tadi dibawa sampai ke akhir hayatnya yang ertinya bahawa mereka itu mati disertai dengan kepercayaannya.Untuk menerangkan soal-soal kepercayaan memerlukan pembicaraan yang berliku-liku,keterangan dan hujjah yang kuat sehingga diterima akal fikiran yang sihat.Memang untuk menghuraikan soal kepercayaan tidak semudah seperti mengira orang.

Itulah sebabnya maka ilmu yang membicarakan soal kepercayaan di sebut Ilmu Kalam kerana pembicaraannya yang berliku-liku.Jadi Ilmu Tauhid,Ilmu Usuluddin dan Ilmu Kalam,ketiga-tiganya yang di maksudkan ialah sama,yakni suatu ilmu yang semata-mata membahas soal kepercayaan sahaja.

Ada pula orang menyebut Ilmu Tauhid itu dengan Ilmu 'Aqaid (ilmu ikatan,keyakinan ataupun kepercayaan).Kerana dalam pengetahuan ini ada fasal-fasal yang harus diikat erat-erat dalam hati kita,yang harus menjadi kepercayaan yang teguh.

Ada pula yang menamakannya dengan nama Ilmu Ma'rifat,yakni ilmu mengenal Allah swt dengan segala sifatNya.Kerana dengan ilmu ini,dapat mengetahui segala sifat-sifatNya dan dengan keyakinan yang teguh.


Ada pula menamakannya dengan Ilmu Hakikat (Ilmu Sejati).Kerana ilmu ini menjelaskan hakikat (kesejatian) segala sesuatu,sehingga dapat menyakini akan kepercayaan yang benar (hakiki).

Maka berbahagialah orang yang dapat memahami Ilmu Tauhid itu sebab tauhid menjadi pedoman bagi tertegaknya syariat Islam.

TUJUAN UTAMA MEMPELAJARI ILMU TAUHID

Tujuan utama mempelajari Ilmu Tauhid ialah untukmengenal Allah swt dengan sifat-sifatNya.Begitu pula mengenal rasul 'Alaihis Salam dengan ajaran-ajarannya berdasarkan dalil-dalil yang jelas dari Al Quran dan Al Hadis,agar manusia memperolehi kebahagiaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

Mengetahui hal-hal yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah swt dan mengetahui hal-hal yang wajib,mustahil dan harus bagi rasul 'Alaihis Salam.

Firman Allah swt dalam surah Al Khafi ayat 110:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; oleh itu,sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya.hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh,dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadahnya kepada Tuhannya."

Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 144:
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau terbunuh)."

Kedua ayat di atas mengandungi makna bahawa kita diperintah mengenal Allah swt dan rasulNya beserta ajaran-ajaranNya.

KEDUDUKAN ILMU TAUHID

Ilmu ini adalah ilmu yang maha penting dan sangat utama dalam Islam.

Sebab ilmu ini menyakut soal zat Allah swt dan menyakut pula diri peribadi rasul 'Alaihai Salam yang sangat suci dan batinnya.

Padahal kita telah sama maklum bahawasanya Allah swt itu adalah zat Yang Maha Kuasa dalam segala-galanya,sehingga segala isi dunia ini termasuk juga manusia adalah di bawah kekuasaan,kebesaran dan keagungan Allah swt.

Jelaslah bahawa Allah swt adalah zat Yang Maha Agung yang bersifat serba Maha.Sehingga manusia itu kecil jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah swt dan manusia itu makluk yang lemah jika di bandingkan dengan kebesaran dan keagungan Allah swt.

Maka sudah barang tentu ilmu yang membahas tentang zat Allah swt yang serba agung itu adalah ilmu yang sangat utama dan maha penting dalam Islam.

HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID

Oleh kerana itu mempelajari Ilmu Tauhid itu hukumnya wajib 'Aini yakni wajib bagi tiap-tiap muslim/muslimat mengetahui Ilmu Tauhid,sekalipun hanya dengan dalil Ijmal yakni mengenal garis besarnya sahaja dengan singkat.

Dan akan lebih sempurna lagi yakni fardu Kifayah hukumnya mengetahui Ilmu Tauhid dengan dalil Tafsil iaitu sampai sedetail-detailnya dan perincian-perinciannya dengan panjang lebar.Jadi mempelajari Ilmu Tauhid dengan dalil tafsil ini hukumnya fardu kifayah.

FAEDAH ILMU TAUHID

Faedah Ilmu Tauhid yang terpenting ialah agar dengan Ilmu Tauhid,kita akan mempunyai iktiqad yang bersih suci,terhindar dari keyakinan yang keliru dan tersesat,terhindar dari segala macam tahayyul dan khurafat yang mengotori jiwanya.

Kerana iktiqad yang tersesat itu akan membahayakan bagi kesuburan krhidupan rohani,yang beerti bahawa rohaninya akan menjadi tidak sihat lagi.

Kalau rohani tidak sihat,akan tidak sihat pula batinnya,padahal kesihatan batin ini adalah menjadi faktor yang amat penting dalam pembentukan peribadi.Dengan memahami Ilmu Tauhid kita akan menjadi sihat iktiqadnya,sihat angan-angan dan fikirannya akhirnya memiliki iman yang kuat dan membaja.

Dan juga dengan mempelajari Ilmu Tauhid kita akan mengetahui sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah swt begitu juga dengan sifat wajib,mustahil dan harus bagi rasul 'Alaihis Salam.

BERTAUHID

Bertauhid ertinya mengesakan Allah swt pencipta semesta alam.Kepercayaan tentang keesaan Allah swt ini tersimpul dalam hatinya yang menyebabkan ia tunduk dan sujud di hadiratNya yang kemudian akan membawa pula kebaikan pada amal perbuatannya.

Kalau jiwa bertauhid ini telah tertanam dalam sanubari seseorang akan terasa olehnya segala apa yang ada di dunia ini kecil jika di bandingkan dengan kebesaran Allah swt.

Yang demikian akan membawa kesedaran dalam hidup.Dengan sendiri jiwanya menjadi kuat menghadapi arena pergaulan hidup dan dan akan terhindar dari segala keresahan mahupun kebimbangan dalam hidupnya.

Disebabkan nur Illahi telah memancar dalam kalbunya,hatinya menjadi tenteram,sedar tentang kewajipannya dalam hidup,terhadap diri sendiri,masyarakat,bangsa dan agama.Hidupnya akan menjadi akan lebih berguna.

MENYERAH KEPADA ALLAH SWT

Bertauhid itu pula akhirnya akan membentuk peribadi muslim yang menyerah kepada Allah swt.Yang bererti makin mendalam tauhidnya kepada Allah swt makin sempurnalah Islamnya.Hatinya menjadi merdeka dan jiwanya juga merdeka dan tidak diperbudak oleh harta benda.Ia tidak akan menyembah pohon,batu dan lain-lain.Hanya kepada Allah-lah tempat berlindung serta mengharapkan sesuatu.

Dengan sendirinya ia akan merasa bahawa hidup dan mati itu sebenarnya ada di tangan Allah swt.Akhirnya kepercayaan ini diikuti oleh lidah dan perbuatan.Ia akan selalu menjalankan perintah-perintah Allah swt serta menjauhi laranganNya.Dan inilah disebut takwa kepada Allah swt.

Akhirnya hidupnya akan selamat dan sejahtera.

Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 197:
"Dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)"

Agama Islam dan Pengertiannya....

AGAMA ISLAM

PENGERTIAN ISLAM

Kata "Islam" berasal dari bahasa Arab,yang menurut segi etimologi mempunyai beberapa pegertian iaitu:
a. Keselamatan
b. Perdamaian
c. Penyerahan diri kepada Tuhan

Ketiga pergertian itu tercakup dalam kata "Islam" sebab agama Islam memang mencita-citakan terwujudnya keselamatan dan pendamaian di dunia ini,dari mengajar kepada manusia untuk menyerahkan diri kepada Allah dalam segala amal perbuatannya.

Kata "Islam" menurut pengertian agama telah dirumuskan oleh Nabi Muhammad sendiri dalam hadisnya:
"Islam adalah engkau mengakui bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu utasan Allah,engkau mendiri solat,menunai zakat,berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji jika mampu."

Dari hadis inilah asal mula ajaran tentang Rukun Islam,iaitu: syahadat,solat,zakat,puasa dan haji.

Jika seseorang adalah membaca syadat,maka formalnya menurut Hukum Islam,ia sudah disebut seorang "Muslim".Akan tetapi Islamnya masih belum sempurna.Ia baru dianggap cukup Islamnya,minimal ia menjalankan 2 (dua) rukun Islam lagi,iaitu: solat dan puasa.

Kecuali dalam situasi dan kondisi teertentu ia akan dibebaskan dari solat tanpa-qadha (menganti) dan tidak boleh berpuasa,tapi harus qadha pada waktu lain.

Demikian juga seseorang lelaki/wanita yang datang bepergian,diperbolehkan tidak berpuasa dengan mengantinya pada waktu yang lain dan di samping itu ia boleh melakukan solat dengan sistem jamak (Zuhur dan Asar atau Magrib dan Isyak dilakukan bersama-sama) atau sistem qashar (Zuhor,Asar dan Isyak cukup dikerjakan dalam dua rakaat saja) atau dengan mengambung dua sistem tersebut (jamak dan qashar).

Adapun zakat dan haji,hanya wajib dikerjakan oleh orang Islam memenuhi syarat saja,antara lain mampu dan sebagainya.

PENGERTIAN IMAN

Kata "Iman" berasal dari bahasa Arab,menurut pengertian bahasa "kepercayaan"(faith).Adapaun menurut pengertian agama yang telah dirumuskan oleh Nabi sendiri dalam hadisnya:
"Iman ialah engkau percaya kepada Allah,malaikatNya,kitab suciNya,para utusan,hari kemudian,dan engkau percaya kepada takdir baik buruknya"

Dari hadis Nabi ini asalnya mulanya ajaran tentang Enam Rukun Iman yang terkenal itu.

HUBUNGAN ANTARA ISLAM DAN IMAN

Antara Islam dan Iman pada lahirnya dapat dibezakan sebagaimana dalam sabda Nabi sendiri yang bermaksud:
"Islam adalah sesuatu (perbuatan) yang tampak,sedangkan Iman adalah sesuatu (kepercayaan) dalam hati"

Dan kemudiannya Nabi memberi isyarat ke arah dadanya sampai tiga kali sambil bersabda yang bermaksud:
"Takwa itu di sini,takwa itu disini"

Dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 8:
"Di antara manusia ada yang berkata mengaku "Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian," padahal sebenarnya mereka itu tidak beriman."

Berdasarkan ayat dan hadis di atas,maka jelaslah bahawasanya pengakuan dengan lisan saja dan atau amal perbuatan seseorang itu bukanlah iman.Kerana itu orang yang lahirnya telah telah membaca syahadat,dan telah mengerjakan solat,puasa,zakat dan haji belum tentu ia menurut padangan Allah sungguh-sungguh beriman.Mungkin ia hipokrik (munafik).Kita dilarang oleh agama mempunya purba-sangka yang demikian terhadap seseorang kecuali kalau terdapat indikasi atau bukti-bukti yang nyata.

Kita harus memperlakukan seseorang menurut lahirnya/tingkah lakunya dan wajib memutuskan segala pekara yang menyangkut manusia berdasarkan fakta-fakta lahiriah saja.Sedangkan hakikatnya kita serahkan kepada Tuhan yang mengetahui lahir dan batin seseorang.

Pada zaman Nabi dalam satu peperangan.Usamah membunuh seorang musuh tetapi sebelum dibunuh ia membaca kalaimat syahadat.Peristiwa ini disampaikan kepada Nabi maka Nabi bersabda yang bermaksud:
"Apakah ia membaca Laailaaha Illallah dan engkau membunuhnya?Usamah menjawab "Wahai Utusan Alalh,ia mengucap dua kalimat syahadat itu,kerana semata-mata takut dibunuh."Kemudian Nabi berkata "Apakah engkau telah membelah hatinya sehingga engkau mengetahui hatinya itu mengucapkan (membenarkan) kalimat syahadah atau tidak."

ASAS-ASAS AJARAN ISLAM

Ajaran Islam terdiri dari dua bahagian yang utama:
a.Akidah/iman/faith terdiri enam rukun iman.Akidah Islamiah itu berdasarkan atas landasan yang kuat (Al Quran dan Hadis).Di luar Rukun Iman itu,orang Islam tidak wajib mempercayainya.Akidah Islamiah itu merupakan asas dasar Islam dan pemersatu seluruh umat Islam di dunia ini.Seseorang yang mempunyai kepercayaan yang bertentangan dengan akidah Islamiah yang berupa rukun iman enam tersebut adalah bukan orang Islam/keluar dari agama Islam.

Syariah mengatur dua asas aspek kehidupan manusia:
a. Mengatur hubungan manusia dengan Allah,disebut "Ibadah"
b. Mengatur human relation dengan human activity di dalam masayarakat/dunia,disebut "Muamalah".

Akidah Islamiah di dalam Al Quran dirumuskan dengan kata-kata "Iman",sedang syariah dirumuskan dengan kata-kata "Amal Soleh" sebagaimana kita dapat lihat dalam Al Quran surah Al Nahl ayat 97:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"

Dalam Surah Wal-Ashri:
"Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran"

HUBUNGAN ANTARA AKIDAH DAN SYARIAH

Akidah dan syariah itu tidak dapat dipisahkan (boleh dibezakan tetapi tidak dapat dipisahkan).Akidah sebagai akarnya dan syariah sebagai batang dan dahannya.Seseorang yang beriman tanpa menjalankan syariah adalah fasik.Sedang bersyariahtetapi berakidah yang bertentangan dengan akidah Islamiah adalah Munafik.Dan seorang yang tidak berakidah dan bersyariah Islamiah adalah Kafir.

Ibadah berasal dari bahasa Arab,dari akar kata "abd" yang ertinya "hamba".Dan ini bererti penyerahan dan ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya.Ibadah menurut Islam mempunyai pegertian yang luas,tidak hanya terbatas kepada solat,puasa,zakat dan haji saja,tetapi semua kegiatan manusia yang tidak bertentangan dengan hukum Allah dan dilakukan dengan niat yang baik (untuk mendapatkan keredhaan Allah) adalah ibadah.

Hukum Islam yang mengatur pergaulan dan aktiviti manusia di masyarakat disebut "muamalah".Konsep Islam tentang muamalah adalah cukup lengkap,sebab di dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan sember hukum Islam yang pokok terdapat aturan hukum mengenai keluarga,perdata,pidana,warisan,pemerintahan sosial,ekonomi,pendidikan,Hukum seluruh dunia,hukum perang/damai dan sebagainya.

Al Quran sudah tentu tidak mengatur sesuatu pekara dengan terperinci,sebab Al Quran itu untuk seluruh umat manusia sepanjang masa,sedang masyarakat adalah dinamis.Tetapi dalam Al Quran terdapat cukup petunjuk berupa prinsip-prinsip umum yang dapat dijadikan landasan untuk menangani masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh manusia sebagaimana yang diisyaratkan oleh Allah dalam Al Quran surah An Nahl ayat 89:
"Dan Kami turunkan kepada mu Al Quran untuk menjelaskan segala sesuatu dan pertunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang berserah diri (kepada Allah)"

Dan firman Allah dalam Surah Al-An'am ayat 38:
"Tiadalah Kami alpakan satu pun di dalam al-Kitab"

AR-RAHMAN (Pengasih) AR RAHIM (Penyayang)

AR-RAHMAN (Pengasih) AR RAHIM (Penyayang)

Nama AR-RAHMAN (Maha Pengasih) menunjukkan adanya sumber nama,iaitu "sifat rahmaniyah".Demikian pula dengan AR-RAHIM (Maha Penyayang),tidak akan mungkin ada nama "Pengasih Penyayang) kalau tidak ada sifat "kasih dan sayang".

Syeikh Ihsan Muhammad Dahlan Al-Jempasi Al-Kediriy menghuraikan tetang kata Ar-Rahman-Ar-Rahim seperti berikut:
"AR-RAHMAN,maksudnya Maha Pemberi Nikmat,dengan nikmat-nikmat yang bernilai tinggi,seperti iman,sihat,akal fikiran,berkecukupan tanpa berhajat bantuan orang lain.AR-RAHIM maksudnya ialah,Maha Pemberian Nikmat yang nilainya sedikit dan kecil saja,seperti:tambahan rezeki dan seumpamanya.Pengertian dimaksud bukan bererti bukan bererti mengurangi pendapat sementara orang yang mengatakan "sesungguhnya nikmat Allah itu semuanya bernilai besar".Adapun yang dimaksudkan "sedikit" pada pengertian itu adalah sedikit apabila dibandingkan pengertian dengan yang pertama" (Sirajut Tholibin)

Selain pengertian tersebut banyak pengertian-pengertian lain misalnya:AR-RAHMAN adalah kasih sayang Allah kepada maklukNya di dunia,dan AR-RAHIM adalah kasih sayang Allah kelak di hari akhirat.Ada pula yang memberi pengertian AR-RAHMAN adalah kasih sayang Allah terhadap orang yang derhaka dan AR-RAHIM adalah kasih sayang Allah terhadap orang yang taat.

Ada pendapat bahawa "kasih sayang Allah" adalah suatu kesatuan kalimat dan berlaku secara menyeluruh.Kalau ada permisahan pengertian dari kedua kata tersebut,hanya Allah yang lebih mengetahui.Sebagai tersebut dalam Hadis Qudsi:"Sesungguh rahmatKu meliputi murkaKu"

Pengertian "rahmat" merupakan perwujudan dan sifat "rahmaniyah dan rahimiyah Allah swt".Rahmat adalah mehaddas (baharu dan mengalami perubahan) sedangkan sifat kasih sayangNya adalah "Qadim".

Perwujudannya itu selalu dapat dirasakan ada di mana-mana.Telah Allah ciptakan dalam alam semesta ini serba berpasangan,yang menurut istilah Al Q uran disebut "zaujain",bukan berlawanan.

Ada baik dan buruk,ada duka dan suka,lelaki dan wanita,ada langit dan bumi,ada panas dan dingin,ada pula api dan ada pula air dan lain-lain.Semua itu pada hakikatnya adalah suatu kenyataannya adanya rahmat.Orang tidak akan menghargai rasa sihat kalau ia tidak pernah merasa sakit.

Syeikh Abu Yazid Busthami r.a dikalangan Sufi dikenali sebagai dengan sebutan "kibritul ahmar"(belerang merah) pernah mencetuskan kata-kata yang amat mengejutkan ulama dan kerajaan di masa itu: "tamparan aku lebih dahsyat dari tamparan Allah swt".Kata-kata ini seakan-akan merendahkan kehebatan Allah swt dibandingkan dengan Abu Yazid Busthami.Waktu beliau ditanya tentang maksud kata-katanya itu,beliau menjawab: "Tamparanku sama sekali tidak ada unsur kasih sayang,berbeza dengan Allah swt yang selalu diliputi oleh rahmat dan kasih sayangNya"

Allah pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 163 yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa,tidak ada Tuhan (yang patut disembah) kecuali Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang".

FADILAT ZIKIR AR RAHMAN AR RAHIM

1.Hadis Rasullulah saw (sahih) :
"Setiap urusan atau pekerjaan apa pun yang tidak dimulai dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM adalah sia-sia"
2.Hadis Rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Waqi r.a diterimanya dari Ibnu Masoud r.a : "Siapakah yang ingin diselamatkan Allah dari seretan Zabaniyah (Malaikat Penjaga Neraka) yang berjumlah 19 orang itu,maka hendaklah ia membaca BISMILLAHIRRAH MANIRRAHIM,nescaya Allah jadikan setiap hurufnya itu (19) huruf sebagai perlindungan mereka"
3.Banyak di antara ulama Ahli Hikmat menganjurkan berdasarkan hadis,agar setiap kali hendak tidur membaca Basmalah sebanyak 21 kali,insya allah terpelihara dari sihir dan dari segala kejahatan.
4.Syeikh Ahmad 'Ali Al Buniy mengajurkan,siapa yang menwiridkan YA RAHMAN 299 kali,YA RAHIM 258 kali setelah selesai solat lalu kemudian dia berdoa,insya allah diperkenankan doanya.

Mukmin-Muslim yang ikhlas iman yang tiada noda pasti akan dapat merasakan dan menghayati benar makna "kasih sayang Allah" dalam hidup dan kehidupan ini.

Tuesday, July 1, 2008

the best day of my life.......not!!

Well this is my first blog and I need stuff to put in this blog to make thing fun n spicy,but...........Hey wait A minute!!! why in the world I speak English..Im A Malaysian n A Kelantanese...adeh deh deh speak malay la kan....

K la ni first blog so lom tau nak letak apa...but one thing for sure ..jap jap translate tetapi satu yang pasti anda boleh mendengar saya men Dj di radiokampungchat.net bile saya online la kan.

Tak pun leh dgr secara online kat blog ni...